Diesel di Semenanjung naik 3 sen

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter. Foto hiasan
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Februari ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut kekal pada RM1.99 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat 3 sen kepada RM2.99 seliter
  • Di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal pada RM2.15 seliter
  • Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter
  • Petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
  • Kerajaan akan memantau trend harga minyak mentah dunia untuk memastikan kesejahteraan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!