X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Ramai majikan dijangka gulung tikar jika naik gaji RM2,700

Shamsuddin Bardan
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak menolak kemungkinan ramai majikan akan bankrap atau gulung tikar sekiranya gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan tetapi produktiviti dan sikap pekerja tempatan masih di takuk lama.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, peningkatan kadar gaji perlu sejajar dengan produktiviti dan tahap profesionalisme pekerja.

"Kalau nak tingkatkan produktiviti, majikan perlu perkenalkan teknologi dan automasi yang lebih baik dan ini memerlukan dana yang tinggi.

"Untuk berbuat demikian sekarang sukar dan kerajaan kena berikan insentif-insentif tertentu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini yang mengesyorkan gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan bagi menarik perhatian rakyat tempatan menceburi sektor pekerjaan yang sering didominasi warga asing.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan susulan pendirian kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing.

ARTIKEL BERKAITAN: MTUC cadang pekerja tempatan dibayar gaji RM2,700

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, dari segi tahap profesionalisme pekerja tempatan, ia jauh ketinggalan berbanding pekerja tempatan di negara maju seperti di Switzerland dan Australia yang diiktiraf sebagai tenaga mahir.

"Malangnya sikap pekerja tempatan agar sukar dilentur kerana contohnya kalau mereka kerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, lepas kerja dua tiga jam atau dua tiga hari, mereka berhenti.

"Ini menunjukkan mereka tak ada daya tahan dan ia menyebabkan mereka tiada kemahiran," katanya.

Tambah beliau, jika cadangan yang dikemukakan MTUC dilaksanakan bermakna kadar gaji meningkat lebih 60 peratus daripada gaji minimum RM1,200 yang ditetapkan kerajaan sekarang.

"Saya percaya apa yang dicadangkan MTUC itu adalah gaji pokok. Gaji pokok pekerja asing rata-rata kita bayar berdasarkan gaji minimum RM1,200 sebulan.

"Kalau kita tingkatkan kadar gaji ini bermakna kita kena tambah sebanyak RM1,500 atau peningkatan lebih 60 peratus. Saya yakin tidak ada majikan yang mampu berbuat demikian dalam tempoh singkat sekarang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!