Lelaki pukul, samun majikan diberkas

Suspek direman seminggu untuk membantu siasatan.
Suspek direman seminggu untuk membantu siasatan.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki yang diburu polis kerana memukul dan menyamun majikannya pada 19 Mei lalu di sebuah kedai menjual pakaian Langkawi Mall, dekat sini berjaya dicekup pihak berkuasa selepas bersembunyi di sebuah bilik sewa pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang berusia 30-an itu bertindak mencederakan mangsa dengan menumbuk bertubi-tubi sebelum melarikan diri bersama-sama wang hasil jualan sebanyak kira-kira RM5,000.

"Suspek ditangkap ketika bersembunyi di bilik sewa sebuah Motel Mukim Kedawang, Langkawi, dekat sini.

"Suspek yang mempunyai rekod kesalahan jenayah narkotik lampau ditangkap di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan ketika samun) dan dia direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa telah ditumbuk bertubi-tubi oleh suspek pada 19 Mei lalu.
Kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa telah ditumbuk bertubi-tubi oleh suspek pada 19 Mei lalu.

Mohd Iqbal berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menutup kedai sebelum diserang suspek.

Terdahulu, media melaporkan, polis sedang memburu suspek yang menyamun majikannya hanya selepas sembilan jam bekerja iaitu pada hari pertama suspek tersebut diterima bekerja.

Mangsa yang juga peniaga berusia 55 tahun patah tulang hidung dan retak tulang rahang akibat ditumbuk suspek.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru lelaki samun majikan