Mayat reput ditemukan dalam rumah

Pihak bomba menggunakan peralatan pemotong untuk masuk ke dalam sebuah rumah sebelum menemukan satu mayat lelaki reput di Taman Temiang Utama, Muar, Johor malam ini.
Pihak bomba menggunakan peralatan pemotong untuk masuk ke dalam sebuah rumah sebelum menemukan satu mayat lelaki reput di Taman Temiang Utama, Muar, Johor malam ini.
A
A
A

MUAR - Punca bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di Taman Temiang Utama, Jalan Salleh di sini akhirnya terjawab apabila pihak bomba menemukan satu mayat seorang lelaki pada malam ini.

Misteri itu terbongkar semasa tuan rumah tersebut dimaklumkan terdapat bau busuk dari dalam rumah sewanya sebelum cuba membukanya pada petang ini tetapi tidak berjaya kerana berkunci dari dalam.

Tuan rumah berkenaan yang curiga dengan keadaan itu kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar pada jam 7.41 malam untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan Ishak Kassim berkata, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pihak bomba bertindak memecahkan kunci pintu menggunakan pemotong dan selepas berjaya dibuka, terdapat satu mayat yang telah reput.

"Tiada maklumat berkaitan mangsa tidak diperolehi. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 801 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: