Penuntut kolej antara lima individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Salah seorang penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ di Dataran Merdeka menghala Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Salah seorang penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ di Dataran Merdeka menghala Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka menghala Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang daripada mereka ialah penuntut kolej berusia 18 tahun manakala dua lagi bekerja sebagai mekanik motosikal di sebuah bengkel di ibu kota ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Zulkefly berkata, semakan lanjut juga mendapati dua daripada mereka tidak mempunyai lesen.

"Pada operasi sama, polis turut mengeluarkan 11 saman atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian motosikal seperti mengubah sistem enjin untuk menambah kelajuan.

"Selain itu, mereka didapati melakukan kesalahan menunggang motosikal yang tidak mempunyai cermin sisi, lampu depan dan belakang,” katanya.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3 pagi itu disertai 12 pegawai dan anggota.

Artikel Berkaitan: