X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan negeri pantau projek Musang King

Muhammad Sanusi
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan menyiasat punca pencemaran air yang didakwa dialami lebih 750 keluarga di sembilan kampung dalam mukim Kupang, Baling.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia termasuklah memastikan sama ada perangkap lumpur dibina di kawasan projek pertanian melibatkan tanaman Musang King dan pembalakan di Kompartment 8, Hutan Simpan Gunung Inas.

Menurutnya, pembinaan perangkap lumpur bertujuan menghalang berlakunya pencemaran sumber air dan sekiranya pihak bertanggungjawab didapati gagal mematuhi kaedah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), tindakan sewajarnya akan diambil.

"Sebelum ini, saya ada menerima surat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris mengenai masalah berkenaan dan kita akan lihat kenapa air di situ keruh apabila hujan.

"Ini kerana JPNK sudah tetapkan, pihak terbabit perlu bina perangkap selut iaitu dengan membina perparitan dan lubang besar.

"Apabila hujan, air yang membawa selut akan masuk ke dalam parit dahulu seterusnya mendap di dalam lubang sebelum air yang jernih dilepaskan ke dalam sungai," katanya kepada media selepas Majlis Cabutan Kerja Undi Secara Online Bagi Projek Marris dan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Semalam, sebuah media tempatan melaporkan lebih 750 keluarga di sembilan kampung dalam Mukim Kupang terdedah dengan pencemaran air tidak bersih untuk kegunaan rutin harian.

Ia dipercayai berpunca projek Musang King dan pengambilan kayu balak di Kompartment 8, Hutan Simpan Gunung Inas.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Iboi, Masjid Iboi, Padang Empang, Kubang Katak, Bukit Kawi, Iboi Sekolah, Lata Celak, Bok Bak dan Bukit Iboi.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Iboi, Masjid Iboi, Padang Empang, Kubang Katak, Bukit Kawi, Iboi Sekolah, Lata Celak, Bok Bak dan Bukit Iboi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!