X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Ahli Parlimen Ipoh Timur dipanggil polis

Kah Woh menunjukkan rekod perbualan yang disimpan berkaitan hantaran dalam Facebook miliknya Mac lalu.
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam berhubung satu hantaran dalam Facebook miliknya Mac lalu.

Kah Woh memberi keterangan hampir lima jam kepada polis berhubung hantaran yang berkaitan makluman pengoperasian pasar awam pada fasa pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Kah Woh berkata, beliau dipanggil sebagai saksi dan orang kena siasat terhadap laporan berkaitan hantaran Facebook itu.

“Setelah dimaklumkan oleh pihak polis untuk hadir beri keterangan, tetapi saya berpendapat tindakan ini merupakan suatu yang bermotifkan politik.

“Hantaran itu sudah berlalu hampir tiga bulan dan baru sekarang saya diminta untuk beri kenyataan,” katanya.

Kah Woh berkata, hantaran itu adalah satu perkongsian maklumat kepada masyarakat setelah membuat semakan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Pihak kami telah mendapat pengesahan daripada Datuk Bandar ketika itu serta pegawai kanan MBI. Kita mempunyai rekod dalam WhatsApp.

“Tetapi Pejabat Menteri Besar membuat ‘u-turn’ dengan melempar tuduhan tidak berasas menyatakan saya menyebar berita palsu,” katanya.

Justeru, pihaknya mendesak polis untuk melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan pemangku Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang menyatakan pengoperasian pasar awam sepanjang tempoh PKP sekali gus menafikan kenyataan Kah Woh ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar awam di Perak dibenarkan beroperasi - MBI


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!