Pasar awam di Perak dibenarkan beroperasi - MBI

Status wakil rakyat yang mengelirukan.
Status wakil rakyat yang mengelirukan.
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memaklumkan bahawa pasar awam di seluruh bandar raya itu masih boleh terus beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemangku Datuk Bandar, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, hanya pasar malam dan pasar tani ditutup operasi selaras dengan arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

"Kedai runcit, kedai serbaneka, pasar awam dan pasar borong dibenarkan beroperasi manakala bagi pasar raya, ia ditutup kecuali bahagian peruncitan dan makanan.

"Bagi pembekalan dan perkhidmatan penyediaan makanan seperti restoran, warung, penjaja kecil, trak makanan tidak dibenarkan operasi kecuali pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, status dimuat naik seorang wakil rakyat di akaun Facebook miliknya menyebabkan kekeliruan apabila beliau telah mendakwa mendapat pengesahan daripada MBI bahawa pasar awam tidak boleh beroperasi bermula hari ini hingga dimaklumkan kelak.

Artikel Berkaitan: