Kejayaan capai satu angka, tindakan cemerlang PKD

Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kanan) bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kanan) bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pencapaian satu angka melibatkan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dalam kalangan rakyat Malaysia yang direkodkan ketika ini kesan daripada tindakan cemerlang oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana PKD bertindak sebagai pasukan utama dalam membendung dan mencegah wabak tersebut.

Menurutnya, antara tindakan yang dilakukan pasukan itu adalah siasatan kes di lapangan termasuk kontak rapat, pengesanan kes secara aktif, saringan secara bersasar dan sebagainya.

"Walaupun jumlah kes hari ini, terutama di kalangan bukan warganegara telah mencatat satu angka yang agak tinggi, namun peningkatan kes ini adalah juga kesan daripada tindakan cemerlang oleh PKD di lapangan.

"Terima kasih diucapkan kepada semua petugas pelbagai agensi yang telah bekerjasama sebagai satu pasukan di lapangan dan di Bilik Gerakan bagi terus menangani wabak Covid-19," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, penularan wabak Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia kini telah mencapai satu angka dan setakat ini tiada peningkatan mendadak.

"Hospital-hospital KKM juga kini melihat pengurangan kes-kes Covid-19 yang memerlukan rawatan di wad biasa mahupun di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Ini ialah hasil tindakan Kesihatan Awam yang dijalankan secara agresif dan tertumpu di lapangan oleh PKD dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kini pendekatan yang sama digunakan bagi terus mengawal penularan di kalangan kes warganegara dan bukan warganegara.