Covid-19: Jangkitan global cecah enam juta

Brazil yang menjadi pusat wabak di Amerika Selatan dengan hampir 500,000 kes di belakang Amerika Syarikat yang mencatatkan 1.7 juta kes jangkitan telah menyaksikan peningkatan kes jangkitan harian.
Brazil yang menjadi pusat wabak di Amerika Selatan dengan hampir 500,000 kes di belakang Amerika Syarikat yang mencatatkan 1.7 juta kes jangkitan telah menyaksikan peningkatan kes jangkitan harian.
A
A
A

NEW YORK - Jumlah kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melepasi enam juta hari ini selepas bergelut memerangi wabak itu selama lebih empat bulan sejak ia pertama kali dikesan di China pada akhir tahun lalu.

Sejak beberapa minggu lalu, negara Amerika Latin sedang berdepan waktu sukar berikutan wabak itu kini menular dengan cepat di rantau terbabit.

Brazil yang menjadi pusat wabak di Amerika Selatan dengan hampir 500,000 kes di belakang Amerika Syarikat yang mencatatkan 1.7 juta kes jangkitan telah menyaksikan peningkatan kes jangkitan harian.

Ia dipercayai berpunca daripada perselisihan pendapat antara pemimpin negara itu berhubung langkah untuk memperlahankan penyebaran wabak itu yang telah meragut lebih 28,800 nyawa.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang bimbang dengan kejatuhan ekonomi pernah memperlekehkan langkah kuarantin yang dibuat di seluruh negara.

Awal minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran tentang kemungkinan gelombang kedua jangkitan wabak terbabit selepas virus itu kini merebak ke seluruh negara Afrika dan mencatatkan lebih 100,000 jangkitan.

Di United Kingdom (UK), penasihat kanan juga menyuarakan peringatan kepada pemerintah yang didakwa tergesa-gesa menarik balik langkah 'lockdown' bermula hari ini.

Ketika ini, desakan semakin meningkat untuk memulakan semula aktiviti ekonomi selepas jumlah jangkitan semakin menurun di Eropah. - AFP

Artikel Berkaitan: