KPDNHEP kesan 39 kesalahan

Iskandar Halim sedang melihat tanda harga di sebuah pasaraya, di sini, hari ini.
Iskandar Halim sedang melihat tanda harga di sebuah pasaraya, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 39 kes membabitkan peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, sejak dilancarkan pada 20 Mei lalu sebanyak 15,037 premis diperiksa di seluruh negara.

"Jumlah kompaun dikenakan kepada peniaga terbabit berjumlah RM92,500 manakala nilai rampasan sebanyak RM8,992.30," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Iskandar Halim berkata, sebanyak 21 aduan diterima membabitkan kesalahan peniaga yang menaikkan harga barangan terkawal melebihi harga maksimum dan peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan.

“Kita mendapati 28 peniaga tidak meletakkan tanda harga dan majoritinya ialah penjual ikan di pasar. Kompaun minimum RM1,000 akan dikeluarkan terhadap peniaga terbabit,” katanya.

Terdahulu, Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi mengumumkan penambahan 19 barangan menjadikan jumlah barangan terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan adalah 35 barangan.

Nanta berkata, penambahan barangan keperluan utama dilakukan kerana permintaan pengguna dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut membabitkan sambutan tiga perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Artikel Berkaitan: