KLStep bantu rekod kehadiran pengunjung dalam premis

Orang awam yang mengunjungi pusat beli-belah Sogo mula mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi KLStep hari ini.
Orang awam yang mengunjungi pusat beli-belah Sogo mula mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi KLStep hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan pemilik premis menggunakan aplikasi KLStep bagi merekod kehadiran pengunjung ke kedai mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, DBKL membangunkan sistem itu sebagai alternatif kaedah pendaftaran nama secara manual menggunakan buku yang diguna pakai sebelum ini.

"Kebanyakan premis kini mencatat kemasukan pengunjung secara sendiri dan kita akan selaraskan kaedah pendaftaran menggunakan aplikasi ini.

"Aplikasi ini bakal digunakan di premis perniagaan termasuk pasar raya, pusat beli-belah dan restoran di Kuala Lumpur. Kami menggalakkan mereka menggunakan aplikasi ini dalam tempoh tiga hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Aplikasi KLStep yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Datuk Mustaffa Mohd Nor di Pusat Beli-Belah SOGO di sini hari ini.

Nor Hisham ketika pelancaran aplikasi KLStep di pusat beli-belah Sogo hari ini.
Nor Hisham ketika pelancaran aplikasi KLStep di pusat beli-belah Sogo hari ini.

Menurutnya, KLStep dibangunkan bertujuan memastikan penjarakan sosial dan kawalan pengunjung dapat dilaksanakan dengan lebih baik seperti yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama di premis perniagaan.

"Pelanggan hanya perlu mengimbas kod bar yang disediakan sebelum memasuki premis tersebut. Mereka dikehendaki mengisi maklumat nama, nombor telefon dan bacaan suhu untuk tujuan rekod," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Nor Hisham memaklumkan amalan penjarakan sosial dalam kalangan warga kota ketika membeli-belah masih belum memuaskan.

"Secara keseluruhan, pemilik premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun orang ramai masih berebut dan melanggar SOP tersebut.

"DBKL telah menampal notis peringatan di setiap premis memastikan pemilik premis dan pelanggan mematuhi yang telah ditetapkan KKM, " katanya.