X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Jumlah kes positif di Indonesia lepasi 21,000

Seorang pegawai mengarahkan sebuah keluarga yang menaiki motosikal supaya berhenti kerana tidak memakai topeng muka. Jumlah jangkitan di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 24 jam lalu, tambahan sebanyak 949 kes positif baharu direkodkan dengan 25 kematian akibat virus itu.

"Ketika ini seramai 11,495 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 501 kes, diikuti Jawa Timur (271 kes), Jawa Barat (127) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus