Mana penghuni 76 unit rumah di PKPD Jalan Othman?

Anggota polis.dan tentera sedang bertugas di lokasi Jalan Othman, di sini.
Anggota polis.dan tentera sedang bertugas di lokasi Jalan Othman, di sini.
A
A
A

PETALING JAYA - Sepasukan 'search screen' sedang mengesan individu yang mendiami 76 unit rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman, di sini, kerana gagal memberikan kerjasama untuk menjalani saringan koronavirus (Covid-19), hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya masih mengesan individu yang mendiami 46 buah rumah di Zon B dan 30 buah rumah di Zon A yang belum menjalani saringan Covid-19 manakala individu yang mendiami rumah di Zon C telah menjalani saringan sepenuhnya.

"Pasukan itu terdiri daripada 24 orang diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia dibantu oleh Pasukan Op Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya," katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - PKPD terbaharu di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya

Mengulas lanjut Nik Ezanee berkata, seramai 2,192 orang telah disaring sehingga semalam, iaitu terdiri daripada 1,698 rakyat tempatan dan 494 warga asing.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan PKPD, pasar Jalan Othman, di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam.

“Kita menasihati penduduk yang terlibat dengan PKP agar terus bersabar dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi terlibat sementara orang ramai yang tidak terlibat dengan PKPD dikehendaki terus mematuhi PKPB untuk membendung jangkitan Covid-19 sekali gus dapat memutuskan penularan wabak penyakit ini," katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, PKPD di kawasan itu membabitkan tiga zon yang merangkumi keluasan 34 hektar dengan 439 rumah didiami kira-kira 2,600 penduduk termasuk warga asing.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendirikan tiga pusat ujian Covid-19 masing-masing di Zon A, B dan C kawasan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kawasan itu diletakkan bawah PKPD bermula Ahad lalu hingga 23 Mei ini.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat agihan fasa kedua sebanyak 544 ‘food’ basket’ yang terdiri daripada 15 jenis barangan keperluan yang dapat menampung keperluan seramai empat orang dan ia boleh digunakan selama tempoh lima hari.