Semak permohonan rayuan BPN mulai hari ini

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz -Foto Bernama
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan memaklumkan orang ramai kini boleh menyemak status permohonan dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah pun selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan yang dibuka dari 1 hingga 20 April lalu.

"Sukacita saya memaklumkan bahawa 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

“Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020 melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my/," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, mereka yang layak akan menerima pembayaran BPN secara sekali gus mulai 15 Mei ini.

Katanya, melalui kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion).

“Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: