Status Anthony Loke masih bercuti - PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri sekali lagi menegaskan status Anthony Loke ketika ini masih bercuti dan beliau belum menerima peletakan jawatan bekas Menteri Pengangkutan itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah bertemu Anthony sebelum ini dan meminta beliau bercuti terlebih dahulu.
"Saya belum terima peletakan jawatan, dia masih bercuti.
"(Ada) Jumpa. Beliau bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu, cuti dulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai pihak yang menanggung tugas Menteri Pengangkutan sepanjang ketiadaan Anthony, Anwar berkata, tugas berkenaan buat sementara waktu ditanggung beliau.
Menurutnya, urusan kementerian turut dibantu Ketua Setiausaha (KSU) dan Timbalan Menteri mengikut peraturan sedia ada.
"Tugas sekarang ini kalau ikut peraturannya memang KSU ada, Timbalan Menteri ada, tapi memang Perdana Menteri tampung sekejap," ujar beliau.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

