PM jawab persoalan rakyat menerusi Dialog Negara Khas malam ini

Anwar akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan menerusi Dialog Negara Khas: "Di Sebalik Keputusan…” malam ini.
Anwar akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan menerusi Dialog Negara Khas: "Di Sebalik Keputusan…” malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan menerusi Dialog Negara Khas: "Di Sebalik Keputusan…” malam ini.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu berkata, dialog berkenaan akan disiarkan menerusi RTM serta saluran media tempatan pada jam 9 malam ini.

"Saya akan menjawab pelbagai persoalan dibangkitkan para panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat khususnya menyentuh dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan dalam mengemudi negara,” kata beliau.

Perdana Menteri turut berharap wacana tersebut dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!