X

Kindly register in order to view this article
!

Pasar raya jangan buat undang-undang sendiri!

Gambar kecil: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Pemilik pasar raya diingatkan untuk tidak membuat undang-undang sendiri dengan melarang pelanggan yang tidak memakai topeng muka masuk ke premis mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian topeng muka tidak wajib dari segi undang-undang dan tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342 jika seseorang individu itu tidak memakainya.

"Jadi pihak pasar raya tak boleh halau pelanggan atau tidak benarkan mereka masuk ke premis kerana pemakaian topeng muka tidak termasuk dalam peraturan atau akta tersebut.

"Saya cadangkan mereka boleh jual topeng muka di pintu masuk premis pada harga RM1 atau RM1.50 sekeping bagi menggalakkan pelanggan memakai topeng muka,"katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemilik pasar raya disarankan mengambil pendekatan dengan menjual topeng muka di pintu masuk premis bagi menggalakkan pemakaiannya kepada pelanggan yang hadir.

"Saya cadangkan mereka letak topeng muka ini di luar premis dan jual pada harga RM1 atau RM1.50 sekeping.

"Tetapi jangan pula pemilik premis paksa pelanggan untuk beli satu kotak topeng muka, cukup jual sekeping bagi memudahkan pelanggan untuk masuk ke premis mereka," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus