Jangan buat musuh dengan Kelantan - Tun Faisal

Tun Faisal
Tun Faisal
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat perlu menyediakan infrastruktur asas kepada Kelantan bagi memastikan isu air di negeri itu dapat diselesaikan.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berpandangan, sekiranya perkara asas seperti pembinaan empangan air tidak dilakukan, maka isu berkenaan tidak mampu dinoktahkan.

"Di Kelantan tiada empangan air, yang ada empangan hidroelektrik. Asas infrastruktur di Kelantan tidak dibangunkan sejak dahulu.

"Empangan bekalan air dan loji kena tambah, yang ini kerajaan kena bagi. Kalau kerajaan buat musuh dengan kerajaan negeri, dia akan berpatah balik, macam mana nak 'move forward'.

"Jadi kalau nak 'move forward', bajet jangan disekat-sekat. Berikan kebebasan kepada kerajaan negeri untuk menguruskan," katanya.



Beliau berkata demikian ketika program Wacana Sinar 408 bertajuk Pasca PRN: Rakyat Sudah Bersuara yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana Sinar Siri 408 membincangkan tajuk Pasca PRN: Rakyat Sudah Bersuara, dari kiri para panelis veteran politik, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar (dua kiri), Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (PN) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Setiausaha Kerja Penerangan Pusat PKR Iswardy Morni dan Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Asia Jamalee Bashah (kanan). Program dihoskan oleh Ismail Adnan yang berlangsung di Studio Sinar Harian hari ini. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Wacana Sinar Siri 408 membincangkan tajuk Pasca PRN: Rakyat Sudah Bersuara, dari kiri para panelis veteran politik, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar (dua kiri), Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (PN) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Setiausaha Kerja Penerangan Pusat PKR Iswardy Morni dan Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Asia Jamalee Bashah (kanan). Program dihoskan oleh Ismail Adnan yang berlangsung di Studio Sinar Harian hari ini. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Turut diundang sebagai panelis ialah veteran politi, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar; Setiausaha Kerja Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni dan Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Asia, Jamalee Bashah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu beliau berkata, pengurusan dan pembangunan negeri perlu dilihat dengan lebih terbuka dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri sahaja.

"Setiap individu yang boleh membawa produktiviti kepada negara, jangan jadikan musuh. Kalau kita lihat individu itu bukan sebagai rakyat tetapi orang politik atau penyokong parti politik, kita tak akan bantu. Itulah masalah sebelum ini.

"Sebab itu zaman Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), gap (jurang) ini didekatkan. Sebagai contoh, bila ada percanggahan tentang hudud antara Pas dan UMNO, diwujudkan Jawatankuasa Teknikal berkenaan hudud dan hasilnya Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965) ada.

"Itulah maksudnya gap itu dirapatkan, tidak melihat Pas, Kelantan sebagai musuh. Inilah 'move forward' sebenar," ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, Akta 355 boleh direalisasikan sekiranya mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Kita perlukan 'simple' majoriti dan bukan semua orang Islam yang boleh menyokong, tengok pegangan ideologi mereka. Boleh dibincangkan dengan syarat, apabila dibawa (perlu) diluluskan. Jangan bawa sekadar bawa sahaja tetapi digagalkan, nanti timbul isu lain.

"Sebab itu RUU 355 banyak orang tidak faham, dalam jawatankuasa bukan hanya orang dalam bidang syarie tetapi bidang Perlembagaan turut terlibat," jelasnya.