Kerajaan negeri boleh kena saman: Azmin

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak khususnya kalangan pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat daripada memulakan operasi mulai 4 Mei, 2020, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi.

"Tindakan kerajaan negeri adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi memandangkan dasar Kerajaan Persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bermulai hari ini, syarikat-syarikat daripada hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula susulan keputusan kerajaan yang dicapai pada 29 April 2020.