Kilang sarung tangan lepaskan sisa efluen berbuih

Sebuah kilang sarung tangan di Bukit Beruntung di sini dipercayai melepaskan sisa efluen berbuih ke longkang seliaan MDHS
Sebuah kilang sarung tangan di Bukit Beruntung di sini dipercayai melepaskan sisa efluen berbuih ke longkang seliaan MDHS
A
A
A

HULU SELANGOR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengeluarkan notis kacau ganggu kepada sebuah kilang sarung tangan di Bukit Beruntung di sini selepas dipercayai melepaskan sisa efluen berbuih ke longkang seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemilik kilang terbabit turut diarahkan membaik pulih kolam rawatan dengan memastikan tiada pelepasan efluen berbuih dan mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

MDHS memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada orang ramai sebelum siasatan dijalankan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDHS.

Menurut kenyataan itu, pelepasan sisa berkenaan ke longkang boleh menyebabkan berlaku pencemaran di Sungai Guntong.

Siasatan dijalankan oleh pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDHS di kilang berkenaan.
Siasatan dijalankan oleh pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDHS di kilang berkenaan.

“Premis ini mempunyai lesen perniagaan sah daripada MDHS dan mempunyai kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun siasatan dijalankan mendapati terdapat pelepasan efluen berbuih yang dilepaskan oleh pihak kilang ke longkang seliaan MDHS,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan MDHS telah mengarahkan pihak kilang menyediakan laporan persampelan outlet ke longkang majlis dari masa ke masa sebagai langkah pemantauan berkala oleh pihak majlis.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan diambil di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sekiranya premis didapati melakukan kesalahan berulang, pihak majlis boleh menarik semula lesen perniagaan dan premis akan diarah tutup selama 14 hari sehingga dibenarkan untuk dibuka,” menurut kenyataan itu.