Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar

SHAH ALAM - Kawasan hutan seluas kira-kira empat hektar berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kelambu, Banting dekat sini terbakar tengah hari Selasa.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hamdan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.43 tengah hari sebelum tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera.
"Setibanya di lokasi pada 1.03 tengah hari, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan hutan simpan yang dianggar seluas 10 ekar (empat hektar),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menghantar bantuan ekskavator serta mengaktifkan telaga tiub berhampiran lokasi kebakaran.
Hamdan berkata, kerja-kerja pemadaman hanya boleh dimulakan esok ekoran tiada sumber air dan akses jalan ke lokasi kebakaran. - Bernama
Ringkasan AI
- Kawasan hutan berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Kelambu, Banting terbakar
- Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada tengah hari Selasa
- Kebakaran melibatkan hutan simpan yang dianggar seluas 10 ekar
- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah dimaklumkan tentang kejadian itu
- Kerja-kerja pemadaman hanya boleh dimulakan esok kerana tiada sumber air dan akses jalan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
