Pengusaha restoran boleh kembali beroperasi

Pengusaha restoran dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini.
Pengusaha restoran dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengusaha restoran boleh kembali beroperasi mulai 4 Mei ini.

Bagaimanapun katanya, pengusaha restoran hendaklah mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi peraturan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan.

“Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi dan membeli stok barang-barang mentah,” katanya sempena Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen di sini hari ini.

Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Muhyiddin mengingatkan agar meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja yang lain.

“Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

“Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.

“Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: