Ancaman bom: AEON Mall Klebang kembali beroperasi

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

IPOH - Pusat beli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa hari ini selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis itu berikutan kes panggilan yang dipercayai ancaman bom.

Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman Facebook malam Rabu.

"Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa esok, Khamis (24 Ogos 2023) pada 10 pagi.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda," katanya.

Petang Rabu, bangunan AEON Mall Klebang dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: