Agihan al-Quran masuk fasa kedua

 Sekretariat Projek Wakaf Al-Quran, Raja Shahfaizal Khairudin (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan wakaf al-Quran kepada Pengurus Sumber Manusia KPMC Puchong Specialist Centre, Mohd Rozi Abdullah di Puchong.
Sekretariat Projek Wakaf Al-Quran, Raja Shahfaizal Khairudin (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan wakaf al-Quran kepada Pengurus Sumber Manusia KPMC Puchong Specialist Centre, Mohd Rozi Abdullah di Puchong.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Wakaf al-Quran Mu’Jam yang dilancarkan sejak 3 April lalu kini memasuki fasa kedua pengagihan kepada hospital, klinik kesihatan dan pusat kuarantin koronavirus (Covid-19) di seluruh negara.

Bagi fasa pertama, sebanyak 35,251 naskhah al-Quran dikumpulkan hasil sumbangan wakaf orang ramai melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Ketua Pegawai Ekskutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, bagi fasa kedua, sebanyak 34,622 naskhah al-Quran terkumpul setakat Ahad jam 10 malam.

Menurutnya, projek wakaf itu bertujuan mengaktifkan #QuranTime Corner sepanjang Ramadan.

“Misi wakaf al-Quran bertujuan mengagihkannya ke lokasi berkaitan untuk mengaktifkan #QuranCorner atau Troli Ibadah di wad sebagai sudut rehat dan rawat.

“Kita turut aktif melaksanakan program berinteraksi dengan al-Quran di Malaysia #QuranTime setiap hari pada jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang di TV AlHijrah saluran 114 atau di FB TV AlHijrah dan Sinar Harian, selain mengikuti video di Facebook Quran Hour dan siaran ulangan pada jam 10 atau 11 malam di TV AlHijrah.

“Kami menggalakkan #QuranTime dari wad atau katil masing-masing walaupun sekejap. Sebelum memulakan kerja, waktu rehat atau waktu yang sesuai,” katanya ketika ditemui di sini.

Orang ramai yang ingin menyumbang sebagai pewakaf al-Quran boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital.

Artikel Berkaitan:

Bayaran wakaf al-Quran sebanyak RM40 senaskhah boleh dibuat kepada Warisan Ummah Ikhlas Foundation melalui nombor akaun Maybank Islamic 564276516031 dengan rujukan Wakaf Quran.