Fedtri Yahya kongsi kebaikan bersahur

Fedtri berkongsi beberapa kebaikan bangun sahur di bulan Ramadan yang dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Fedtri berkongsi beberapa kebaikan bangun sahur di bulan Ramadan yang dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Mengantuk, letih dan penat bukan alasan untuk tidak bangun bersahur kerana ia dapat membantu menguatkan tubuh badan serta memberi tenaga pada siang hari di samping aktiviti yang perlu dilaksana pada tempoh berpuasa.

Dengan bersahur, kita dapat menggunakan waktu yang singkat itu dengan efektif selain dapat mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat tahajud.

Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya turut berkongsi beberapa kebaikan bangun sahur di bulan Ramadan yang dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Dia juga turut berkongsi potongan ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang faedah bersahur.

Menurutnya, sahur itu tanda wujud ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa.

Fedtri Yahya
Fedtri Yahya

“Menurut Rasulullah SAW, sahur merupakan tanda ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa, hal ini bahkan tertuang dalam al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bererti:

“Makanlah dan minumlah kalian sampai tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Fedtri turut berkongsi hadis mengenai keberkatan bersahur.

“Sabda Nabi SAW bermaksud, Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim),” kongsinya.

Dalam riwayat yang lain pula, Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban).

Perkongsian itu mendapat perhatian dan lebih 5,000 tanda suka daripada pengikut dan rata-rata mereka mengucapkan selamat berpuasa kepada Fedtri.

Fedtri turut berkongsi cara menurunkan berat badan di bulan puasa di Instagramnya. -Foto: Instagram Fedtri Yahya
Fedtri turut berkongsi cara menurunkan berat badan di bulan puasa di Instagramnya. -Foto: Instagram Fedtri Yahya

Menerusi entri Instagramnya juga, beliau turut berkongsi cara menurunkan berat badan secara sihat sepanjang bulan Ramadan.

“Masak sendiri, perbanyakkan minum air putih, makan makanan sihat, senaman petang serta perbanyakkan ibadah antara cara menurunkan berat badan di bulan puasa.

“Mari kita bersama-sama ambil peluang untuk buang lemak di badan, turunkan berat badan secara sihat sepanjang bulan Ramadan. Sangat mudah dan pasti boleh dilakukan,” katanya.