700 tetamu sertai Jelajah Iftar ala Madinah Mydin

Seramai 700 orang hadir memeriahkan Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
Seramai 700 orang hadir memeriahkan Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 700 tetamu merasai pengalaman berbuka beramai-ramai sempena Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar Raya Besar Mydin Meru di sini pada Rabu.

Pengunjung ditemui mengakui teruja dapat turut serta dalam penganjuran julung kali diadakan di bandar raya itu.

Bagi Athirah Azhar, 25, dari Klebang, pengalaman pertama kali berbuka puasa beramai-ramai di pasar raya itu sesuatu yang tidak pernah dirasakan sebelum ini dan sangat mengujakan.


Pelajar tahfiz turut diraikan sempena Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
Pelajar tahfiz turut diraikan sempena Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.

Menurutnya, suasana berbuka kelihatan meriah dengan kehadiran ramai orang dan ia sesuatu tidak akan dilupakan.

“Saya dapat tahu mengenai promosi ini melalui media sosial kemudian terbaca dalam akhbar Sinar Harian ketika penganjuran sama di Mydin Seremban 2 menyebabkan saya teruja nak datang ke Mydin Ipoh.

“Ini pengalaman pertama saya dan adik sebab selama ini kami berbuka di rumah atau di masjid, jadi ia sesuatu yang menarik,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Kemeriahan dirasai ketika Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
Kemeriahan dirasai ketika Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru pada Rabu.

Bagi Muhammad Hasri Aidil Ahmad Faizal, 20, program seumpama itu harus diteruskan pada masa akan datang kerana memberi pengalaman berharga kepada orang ramai.

Dia yang datang bersama keluarga dari Simpang Pulai mengakui akan turut serta jika dianjurkan lagi.

Semangat sama turut dikongsi Norizah Hashim, 59, yang menyifatkan Jelajah Iftar ala Madinah Mydin adalah satu pengalaman baharu.

Yeo's sebagai penaja utama Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru.
Yeo's sebagai penaja utama Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru.

“Kalau nak pergi ke Madinah itu belum ada rezeki lagi nak merasai bagaimana berbuka di sana. Jadi, dengan adanya program ini dapatlah rasa macam mana suasana berbuka di sana.

“Saya rasa seronok dapat berbuka di sini bersama-sama keluarga dan kawan. Harapnya akan datang bolehlah dibuat hebahan secara besar-besaran,” katanya yang datang dari Station 18.

Sementara itu, pelajar sekolah, Muhammad Solahuddin Muhammad Jamhuri, 12, berkata, pengalaman berbuka puasa di luar bersama keluarga secara beramai-ramai sangat unik.

Menurutnya, belum ada pengalaman berbuka di luar dalam suasana sangat meriah dan jika diadakan lagi, sudah pasti akan turut mengajak kawan sekolah.


PU Yeop menyampaikan tazkirah sebelum berbuka.
PU Yeop menyampaikan tazkirah sebelum berbuka.

Pekerja swasta, Ramzi Azman Abd Rahman, 36, beranggapan Jelajah Iftar ala Madinah Mydin sangat membantu meringankan beban orang ramai.

Katanya, inisiatif dilakukan Mydin harus dicontohi syarikat lain untuk bersama menganjurkan program seumpama itu pada masa akan datang.

Wakil pihak Yeo's sebagai penaja utama turut berkongsi maklumat kepada hadirin mengenai produk baharu mereka sempena Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru di sini pada Rabu.
Wakil pihak Yeo's sebagai penaja utama turut berkongsi maklumat kepada hadirin mengenai produk baharu mereka sempena Jelajah Iftar ala Madinah Mydin di Pasar raya Besar Mydin Meru di sini pada Rabu.

Terdahulu, Jelajah Iftar ala Madinah Mydin berlangsung di Pasar Raya Besar Mydin Meru merupakan siri keempat selepas Mydin USJ Subang Jaya, Mydin Seremban 2 dan Mydin MITC.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28