Iftar Ala Madinah pasti dirindui

Khemah besar yang selesa disediakan untuk orang ramai berbuka puasa apabila hujan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Khemah besar yang selesa disediakan untuk orang ramai berbuka puasa apabila hujan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
A
A
A

SHAH ALAM – Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang bermula pada 13 Mac lalu hanya berbaki dua hari lagi dan akan melabuhkan tirainya Jumaat ini.

Seorang pengunjung, Mad Abd Bashar, 68, berkata, dia dan isterinya akan hadir untuk berbuka puasa di Dataran Karangkraf sehingga hari terakhir.

Mad Abd Bashar
Mad Abd Bashar

Dia yang mesra dengan panggilan Abang Mad mengakui tidak pernah terlepas walau sehari untuk menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf tahun ini.

“Kalau ikutkan sudah 21 hari saya dan isteri menyertai iftar ini. Apa yang saya dapat katakan penganjuran iftar tahun ini berjaya dan diurus dengan baik sebab itu setiap hari ramai yang datang,” katanya yang tinggal di Bukit Kuda, Klang.

Petugas mengagihkan makanan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Petugas mengagihkan makanan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

Menurutnya, program iftar seperti itu sesuai untuk dihadiri pasangan warga emas sepertinya yang tinggal berdua di rumah.

“Hendak masak untuk berbuka berdua terlebih jadi membazir, jadi hadir iftar seperti ini makanan yang diberikan cukup dan dapatlah kami berjimat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Taib Azamuddin
Taib Azamuddin

Guru Kafa, Taib Azamuddin Jamari, 27, pula berkata, hatinya terpaut untuk menyertai iftar berkenaan kerana konsep berbuka puasa secara santai yang sesuai disertai bersama seisi keluarga.

“Sudah tiga kali saya berbuka di Karangkraf, insya-ALLAH saya akan hadir lagi pada hari terakhir kerana selepas ini pasti suasana ini akan dirindukan kami sekeluarga,” katanya.

Nurul Hafizah
Nurul Hafizah

Pembantu Data, Nurul Hafizah Abdul Hadi, 26, yang sudah seminggu menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf mencadangkan supaya tradisi berbuka puasa secara beramai-ramai seperti itu diadakan pada setiap Ramadan.

“Banyak faedahnya datang ke sini daripada menghadap kesesakan jalan semata-mata nak balik berbuka puasa di rumah, ada baiknya singgah di Karangkraf. Selepas berbuka baru sambung perjalanan pulang,” katanya.

Muhamad Zunnurain
Muhamad Zunnurain

Sementara itu, Jurutera Pembangunan Perniagaan, Muhamad Zunnurain Abdul Karim, 29, berkata, pengalaman pertama kali menyertai iftar tersebut memberikan kenangan manis kepadanya kerana sebelum ini dia tidak pernah berpeluang berbuka puasa seperti itu.

“Orang memang ramai, layanan daripada petugas juga saya lihat banyak membantu melancarkan perjalanan iftar terutama untuk mereka yang pertama kali datang,” katanya.

Orang ramai diberikan penerangan oleh petugas sebelum masuk ke khemah utama. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Orang ramai diberikan penerangan oleh petugas sebelum masuk ke khemah utama. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

Pelbagai jenis minuman disediakan untuk pengunjung. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Pelbagai jenis minuman disediakan untuk pengunjung. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

Sebahagian pengunjung berbuka puasa dalam bangunan Karangkraf kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Sebahagian pengunjung berbuka puasa dalam bangunan Karangkraf kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

Pengunjung berbuka puasa di dalam dewan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Pengunjung berbuka puasa di dalam dewan. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

Orang ramai hadir bersama keluarga dan sahabat handai. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID
Orang ramai hadir bersama keluarga dan sahabat handai. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID