Isu salib: Mujahid serah kepada Pulau Pinang

Mujahid (tiga dari kanan) ditemui selepas majlis perasmian Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Mujahid (tiga dari kanan) ditemui selepas majlis perasmian Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu membabitkan lambang salib di sebuah bangunan kediaman di negeri itu.

Menurutnya, isu bersifat kenegerian itu mendapat respon daripada barisan kepimpinan, mufti dan pemaju bagi Grace Residence, di Jelutong.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu lambang salib: Kerajaan PP tunggu penjelasan pemaju]

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu tanda salib, ini pesan Mufti Pulau Pinang...]

"Saya dimaklumkan sudah ada maklum balas daripada kerajaan negeri dan saya merasakan sudah cukup pihak yang terlibat (kerajaan negeri, pemaju dan mufti) memberikan maklum balas kerana ia lebih kepada masalah negeri (Pulau Pinang).

"Jadi, saya beri penuh kepercayaan kerajaan negeri untuk selesaikan perkara itu,"katanya selepas majlis perasmian Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mujahid mengingatkan semua pihak tidak mensensasikan perkara itu hingga boleh mencetuskan kebencian.

"Selain itu, pihak pemaju juga perlu sensitif mengenai isu ini,"katanya.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu salib: Mujahid perlu tegas, tidak terlalu defensif]

Terdahulu, gambar bangunan berkenaan tular di media sosial kerana pencahayaan dari bangunan itu memaparkan lambang salib.

Beberapa pihak juga tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab itu.

Susulan itu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menggesak pihak berkuasa tempatan menyelesaikan isu berkenaan.