Penyokong Pulau Pinang, Kedah bergaduh luar stadium

Tangkap layar video tular yang memaparkan insiden pergaduhan antara penyokong Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman di luar di Stadium Bandaraya.
Tangkap layar video tular yang memaparkan insiden pergaduhan antara penyokong Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman di luar di Stadium Bandaraya.
A
A
A

PERLAWANAN Liga Super antara Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman di Stadium Bandaraya di sini dicemari dengan insiden pergaduhan antara kedua-dua kumpulan penyokong selepas perlawanan berakhir pada malam Selasa.

Kejadian berlaku di luar stadium dipercayai berpunca disebabkan provokasi antara kedua-dua pihak sebelum berlaku insiden tolak menolak antara mereka.

Suasana menjadi semakin tegang apabila kedua-dua kumpulan mula bertindak agresif dengan aksi sepak terajang antara mereka hingga mencetuskan kekecohan berhampiran kawasan parkir bas penyokong Kedah.

Dalam satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat, kumpulan berpakaian serba hitam yang dipercayai penyokong Pulau Pinang dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi sebelum berlaku pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan.

Dalam saingan ke-20 Liga Super yang berlangsung malam tadi, pasukan tuan rumah tewas dengan pasukan jiran dengan jaringan 1-2.

Fadzrul Danel membuka jaringan untuk Kedah pada minit ke-7 sebelum pemain berasal dari Lubanan, Soony Saad menyamakan kedudukan di minit 32.

Tendangan dari luar kotak penalti Moses Atede pada minit ke 96 menambah duka pasukan Penang FC sekali gus memberi kemenangan kepada pasukan Sang Kenari.

Artikel Berkaitan: