X

Kindly register in order to view this article
!

Kes baharu Covid-19 catat dua angka seminggu berturut-turut

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia terus kekal mencatatkan angka dua digit bagi kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 12 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 3,542 kes.

"Seramai 42 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus