Jangan ghairah keluar duit Akaun Fleksibel

Orang ramai hadir seawal pagi di Pejabat KWSP untuk melakukan proses pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel ketika tinjauan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Bernama
Orang ramai hadir seawal pagi di Pejabat KWSP untuk melakukan proses pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel ketika tinjauan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

BERMULA pada Ahad, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memindahkan wang simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke akaun ketiga atau dikenali Akaun Fleksibel.

Akaun Fleksibel merupakan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Melalui Akaun Fleksibel ini, para pencarum boleh mengeluarkan wang mereka secara terus maksimum RM250 sehari, satu jumlah tunai yang boleh dikatakan besar andai ada keperluan tidak dapat dielakkan buat pencarum yang berdepan dengan masalah kewangan.

Biarpun Akaun Fleksibel ini memberi ‘nyawa’ kepada pencarum yang benar-benar terdesak memerlukan wang tambahan, namun ia juga ibarat ‘racun’ buat pencarum yang tidak boleh melihat duit berlebihan di hadapan mata.

Andai pencarum tidak berdisiplin, tiada faedah yang dapat diperoleh melalui kemudahan ini.

Perlu diingat bahawa Akaun 3 yang diwujudkan bertujuan memenuhi keperluan asas dan mereka yang berhadapan isu kecemasan, di mana penstrukturan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang sedang berhadapan isu kos sara hidup serta pada masa yang sama masih dibelenggu dengan masalah upah atau gaji yang rendah.

Ini seperti anda berdepan dengan kerosakan kenderaan pada hujung bulan, jika anda tidak mempunyai simpanan kecemasan, wang dari Akaun Fleksibel ini boleh menyelamatkan hari mendatang anda sebelum menunggu hari gaji.

Namun begitu, apa yang dibimbangi ialah pengeluaran dibuat semata-mata untuk berbelanja bagi perkara yang bukan mendesak seperti membeli gajet, menghias rumah, menukar aksesori kenderaan atau tujuan fesyen berlebih-lebihan.

Artikel Berkaitan:

Tanpa sebarang alasan, anda sengaja mengeluarkan sehari RM250 sehingga mencecah baki minimum, semata-mata mahu membeli iPhone 15 Pro Max, Akaun Fleksibel itu tidak akan menjalankan fungsi sebenar biarpun wang itu milik anda.

Jadi apa yang perlu pencarum pastikan adalah mereka perlu sentiasa berdisiplin dan menetapkan bahawa wang tersebut hanya boleh dikeluarkan sekiranya diperlukan.

Anda tidak akan tahu bila anda susah di kemudian hari tetapi jika itu berlaku, wang daripada Akaun Fleksibel ini sedikit sebanyak boleh membantu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!