Sekolah di Perak beroperasi seperti biasa esok

 Sesi persekolahan di Perak diteruskan seperti biasa pada Khamis susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri itu berada di bawah paras 150. Gambar hiasan
Sesi persekolahan di Perak diteruskan seperti biasa pada Khamis susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri itu berada di bawah paras 150. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Sesi persekolahan di Perak diteruskan seperti biasa pada Khamis susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri itu berada di bawah paras 150.

Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, bacaan IPU setakat jam 2 petang Rabu masih terkawal, sekali gus membolehkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beroperasi.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Tindakan susulan akan dilaksanakan berdasarkan garis panduan serta arahan KPM bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga diminta sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta mengikuti makluman rasmi yang dikeluarkan JPN Perak.

Jelasnya, keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan sepanjang situasi jerebu melanda negara.

Minggu lalu, sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar ditutup serta-merta pada Jumaat. susulan bacaan IPU tidak sihat mencecah 180 di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!