Lagi empat daerah kembali ke zon jingga

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Empat daerah yang sebelum ini diisytiharkan sebagai zon merah telah diletakkan di bawah zon jingga selepas kes aktif jangkitan koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan telah menurun.

Daerah tersebut adalah Cheras, 39 kes: Jasin, 40 kes dan Gombak serta Tawau masing-masing mencatatkan 33 kes.

Penurunan kes tersebut menjadikan 13 daerah masih lagi berada di bawah zon merah, lapan daerah zon jingga, 71 zon kuning dan 56 daerah zon hijau.

Daerah zon merah rata-ratanya terletak di kawasan Lembah Klang selain Kuching dan Kota Samarahan masih kekal mempunyai lebih 41 kes.

Rembau yang sebelum ini disahkan mempunyai kes sub kluster kini diletakkan di zon hijau selepas didapati tiada sebarang kes aktif di daerah tersebut.

Di Sabah pula, Kota Kinabalu, Lahad Datu yang sebelum ini diisytiharkan zon merah telah diletakkan di bawah zon kuning apabila masing-masing mencatatkan kes aktif 17 dan 10 kes.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Covid-19: Tiada kematian direkodkan hari ini

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan jumlah positif harian terendah dengan 36 kes.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif wabak itu 5,425 kes di mana 2,041 kes masih dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan:

Selain jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) menurun, KKM turut mencatatkan sifar kematian.