Covid-19: Zon merah kekal 27, Lembah Pantai paling tinggi

Kawasan Lembah Pantai masih merekodkan kes positif paling tinggi iaitu sebanyak 577 kes setakat jam 12 tengah hari semalam.
Kawasan Lembah Pantai masih merekodkan kes positif paling tinggi iaitu sebanyak 577 kes setakat jam 12 tengah hari semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Zon merah koronavirus (Covid-19) kekal 27 daerah dan kawasan dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif Covid-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, kawasan berkenaan merekodkan 577 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 572 kes sehari sebelum itu.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 440 dan 363 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,316 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

Perak

Hilir Perak - 65 kes

Artikel Berkaitan:

Kinta - 93 kes

Selangor

Sepang - 68 kes

Petaling - 363 kes

Hulu Langat - 440 kes

Gombak - 142 kes

Klang - 171 kes

Hulu Selangor - 49 kes

Kuala Lumpur

Cheras - 78 kes

Kepong - 142 kes

Lembah Pantai - 577 kes

Titiwangsa - 129 kes

Putrajaya - 54 kes

Negeri Sembilan

Seremban - 262 kes

Rembau - 53 kes

Melaka

Jasin - 68 kes

Melaka Tengah - 51 kes

Pahang

Kuantan - 106 kes

Jerantut - 72 kes

Johor

Batu Pahat - 52 kes

Kluang - 210 kes

Johor Bharu - 185 kes

Muar - 46 kes

Kelantan

Kota Bharu - 90 kes

Sarawak

Kuching - 245 kes

Kota Samarahan - 54 kes

Sabah

Tawau - 79 kes

JUMLAH: 3,897 kes - Bernama