Mengaku miliki air ketum semasa ditahan ingkar PKP

Khairul Anuar mengaku miliki air ketum ketika ditahan polis kerana ingkar PKP di Mahkamah Majistret di sini hari ini
Khairul Anuar mengaku miliki air ketum ketika ditahan polis kerana ingkar PKP di Mahkamah Majistret di sini hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang buruh mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki air ketum semasa ditahan berikutan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 12 April lalu.

Khairul Anuar Abd Rahman, 36, didakwa bersama-sama sembilan lagi rakannya yang masih bebas memiliki 91.5 liter air ketum semasa ditahan di sebuah bangsal ayam di Kampung Gelugor Haji Tahir, di sini, pada jam 10.55 malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya.

Penolong Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Roszita Md Saad menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna.

Sebelum itu, Khairul Anuar membayar kompaun RM1,000 yang dikenakan ke atasnya atas kesalahan ingkar PKP.

Artikel Berkaitan: