​'Mengapa simpan laporan RCI Tabung Haji lebih 43 bulan?' - Radzi Jidin

Mohd Radzi
Mohd Radzi
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan digesa menjelaskan punca kelewatan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada awam yang didakwa mengambil masa lebih 43 bulan selepas dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, cadangan penubuhan RCI TH dibincangkan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2020 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum diluluskan penubuhannya pada 14 Julai 2021.

Menurutnya, laporan RCI itu kemudiannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022 di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jemaah Menteri bawah pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah usahakan yang terbaik untuk memperkasa tadbir urus Tabung Haji melalui penubuhan RCI.

ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' – Mujahid

'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh

Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi – IKIM

RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan

Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan

Artikel Berkaitan:

RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi

RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas

Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula

"Ramai yang bertanya mengapa selepas lebih 43 bulan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri barulah kerajaan hendak dedahkan kepada rakyat? Itu kerajaan hari ini yang kena jawab," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi yang juga bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi membandingkan pendekatan penyerahan laporan RCI TH itu dengan penyediaan Kertas Putih FELDA di bawah kementeriannya terdahulu.

Beliau yang menyertai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 17 Julai 2018 di bawah Menterinya ketika itu, Datuk Seri Mohamer Azmin Ali, memikul tanggungjawab membantu memantau penyediaan Kertas Putih FELDA.

Katanya, Kertas Putih itu bukan sahaja memperincikan isu-isu dalaman FELDA, malah mengandungi laporan forensik bagi lapan pembelian atau pelaburan aset agensi berkenaan.

"Selepas sahaja siap dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara, Kertas Putih FELDA terus dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

"Kesimpulannya, Kertas Putih FELDA dibentang segera di Parlimen selepas disiapkan, manakala Laporan RCI berkaitan Tabung Haji disimpan lebih 43 bulan sebelum dibentang," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!