Jualan Gudang Karangkraf: Rugi kalau tak datang!

Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang hadir bagibmerebut tawaran hebat ditawarkan sempena Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu
Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang hadir bagibmerebut tawaran hebat ditawarkan sempena Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM: Rugi kalau tak datang!

Demikian pandangan pengunjung terhadap Jualan Gudang Karangkraf 2026 yang menawarkan pelbagai pilihan buku pada harga istimewa, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga.

Jualan berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, sejak 30 Oktober lalu itu mendapat sambutan pengunjung dari sekitar Selangor, terutamanya dari Klang dan Shah Alam.

Asmi Che Ariffin, 44, dari Klang berkata, tawaran satu bakul buku pada harga RM50 menjadi antara tarikan utama selepas melihat promosi berkenaan menerusi TikTok.

Menurutnya, pilihan buku yang disediakan dalam pakej itu juga pelbagai, merangkumi bahan bacaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Asmi turut tertarik dengan bahagian al-Quran, khususnya untuk mencari al-Quran bersaiz besar.

“Rugi, rugi kalau tak datang. Sudut RM1 pun menarik kerana ada buku kanak-kanak yang berwarna-warni. Banyak juga saya beli tadi,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi jualan pada Ahad.

Asmi (kiri) dan Aiza (kanan) datang bersama keluarga ke Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu
Asmi (kiri) dan Aiza (kanan) datang bersama keluarga ke Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu

Sementara itu, Aiza Arina Badrul Rizal, 26, yang turut datang dari Klang berkata, tawaran satu bakul RM50 masih menjadi tarikan utama pada kunjungan kali ini.

Menurutnya, pilihan buku yang disediakan dilihat lebih banyak berbanding kunjungan terdahulu, selain urusan pembayaran di kaunter yang tidak mengambil masa lama.

"Memang beratur panjang tetapi semuanya berjalan lancar kerana kami dapat membuat pembayaran dengan mudah kerana sistem pembayarannya yang teratur," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Muhaimin Muhammad Yusof, 39, dari Shah Alam berkata, beliau menjadikan kunjungan ke jualan gudang berkenaan sebagai acara tahunan.

Beliau berkata, jika pada tahun lalu tumpuannya lebih kepada pembelian al-Quran, kali ini beliau turut mencari pelbagai bahan bacaan untuk anak-anak.

Menurutnya, pilihan yang tersedia merangkumi buku cerita serta bahan panduan pembelajaran bagi membantu pendidikan anak-anak.

“Banyak pilihan, alhamdulillah. Memang rugi kalau tak datang kerana banyak buku untuk tujuan pendidikan anak-anak boleh didapati di sini,” katanya.

Muhammad Muhaimin tidak melepaskan peluang membawa anak anak untuk mendapatkan buku buku cerita serta bahan panduan pembelajaran bagi membantu pendidikan anak-anak.
Muhammad Muhaimin tidak melepaskan peluang membawa anak anak untuk mendapatkan buku buku cerita serta bahan panduan pembelajaran bagi membantu pendidikan anak-anak.

Dalam pada itu, antara tawaran utama yang disediakan ialah pakej satu bakul buku pada harga RM50.

Buku ditawarkan menerusi pakej itu terdiri daripada judul terpilih yang ditempatkan di zon khas bagi membolehkan pengunjung memilih dan memenuhi satu bakul mengikut pilihan masing-masing.

Bergantung kepada ketebalan buku, satu bakul boleh memuatkan antara 20 hingga 30 naskhah dengan harga hanya RM50.

Pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan menggunakan kotak bagi memudahkan pengunjung membawa pulang buku yang dibeli.

Selain itu, jualan berkenaan turut menawarkan promosi khas untuk produk al-Quran, termasuk Quran Amazing.

Muhamad Khair (kanan) menunjukkan naskhah Quran Amazing yang harga asalnya RM145 ditawarkan pada harga RM60.
Muhamad Khair (kanan) menunjukkan naskhah Quran Amazing yang harga asalnya RM145 ditawarkan pada harga RM60.

Menurut Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhamad Khair Mohamad Sabilan, Quran Amazing yang harga asalnya RM145 ditawarkan pada harga RM60.

"Tawaran harga istimewa berkenaan hanya boleh didapati sepanjang Jualan Gudang Karangkraf dan tidak ditawarkan secara dalam talian," tambahnya.

Jualan Gudang Karangkraf 2026 berlangsung dari 30 Oktober hingga 9 November ini, bermula jam 9 pagi hingga 7 malam di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Jualan gudang berkenaan berakhir pada 9 November, termasuk pada Hari Deepavali, dengan orang ramai masih berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran buku dan bahan bacaan sebelum promosi berkenaan tamat.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!