'Jadikan laporan RCI TH iktibar agar kesilapan sama tak berulang' - Fuziah

Fuziah
Fuziah
A
A
A

SHAH ALAM – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar bagi memastikan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang yang berlaku sebelum ini dalam institusi itu tidak berulang.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, laporan RCI TH mendedahkan semua kelemahan itu yang mewujudkan defisit antara aset dan liabiliti TH sejak tahun 2014.

Beliau yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, antara keutamaan kerajaan ketika beliau menggalas jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2018 hingga 2020 ialah memastikan proses pemulihan TH dapat dilaksanakan bagi melindungi simpanan pendeposit dan memulihkan keyakinan rakyat.

“Proses pemulihan yang dimulakan pada tahun 2018 adalah langkah penting untuk mengembalikan kestabilan institusi ini.

“Namun, pemulihan sahaja tidak mencukupi sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Pada Rabu malam, kerajaan mendedahkan laporan RCI TH yang merumuskan mengenai kerugian yang dialami TH selain dakwaan pemalsuan akaun, pelaburan bermasalah dan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' – Mujahid

'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh

Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi – IKIM

Artikel Berkaitan:

RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan

Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan

RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi

RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas

Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula

RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik

Hibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH

RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikan

RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535

RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa

RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH

Dalam laporan setebal 211 muka surat itu, RCI turut menyenaraikan syor yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi berkenaan termasuk menyarankan supaya amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor memaklumkan, TH mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion itu akibat pelaburan yang tidak mematuhi peraturan dan kelemahan dalam tadbir urus.

Anwar berkata, pihaknya menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mana-mana pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kerugian, penipuan atau salah guna kuasa dalam TH.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik pendirian Perdana Menteri supaya mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang hendaklah disiasat.

Kata beliau, sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, biarlah lunas undang-undang menjalankan tanggungjawabnya.

“TH dibina atas kepercayaan umat Islam, amanah sebesar ini hanya dapat dipelihara melalui tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti.

“Semoga segala syor RCI dapat dilaksanakan untuk memastikan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus kekal kukuh untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!