X

Kindly register in order to view this article
!

62 lelaki Myanmar disyaki terlibat pesta air ditahan

Polis menahan 62 lelaki warga Myanmar selepas terbabit penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
A
A

SEPANG - Seramai 62 lelaki Myanmar ditahan selepas disyaki terlibat dengan penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja di Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mereka ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam serbuan kira-kira jam 2 petang semalam hasil siasatan dan kerjasama pengurusan kilang.

"Kesemua yang ditangkap direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269 dan 505(c) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat, dua daripada suspek mengaku merakam kejadian berkenaan menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan di laman sosial Facebook.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar di sebuah kilang yang dipercayai meraikan pesta Songkran.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tunggu penjelasan kilang isu pesta 'Songkran'


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!