Pemuda Pas Kampar bantah penganjuran Pesta Songkran

Pemuda Pas Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini. - Foto Awani
Pemuda Pas Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini. - Foto Awani
A
A
A

KAMPAR - Pemuda Pas Kawasan Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini.

Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman menegaskan, pihaknya kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam.

"Pemuda Pas Kampar amat kesal di atas penganjuran Pesta Songkran pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Sahom, Kampar.

"Hebahan secara terbuka kepada masyarakat untuk menghadiri pesta tersebut telah mengundang kemarahan dan keresahan penduduk setempat.

"Penganjuran Pesta Songkran terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu beliau berkata, daerah Kampar khususnya Sahom bukan kawasan majoriti masyarakat Siam.

Sehubungan itu beliau turut menasihatkan masyarakat beragama Islam supaya tidak terlibat dan mengelakkan diri daripada menyertai pesta tersebut.

"Pemuda Pas Kampar menyeru kepada pihak penganjur agar membatalkan pesta tersebut dan boleh menggantikannya dengan program dan aktiviti lain yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan norma masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Marilah sama-sama kita bermuhasabah serta saling bertanggungjawab dengan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sejahtera yang mengamalkan cara hidup Islam agar mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat," katanya lagi. - Awani