Bantuan terus diagih kepada penduduk terlibat PKPD

Sumbangan terus diagihkan kepada penduduk terlibat PKPD. - Foto ihsan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat
Sumbangan terus diagihkan kepada penduduk terlibat PKPD. - Foto ihsan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat
A
A
A

HULU LANGAT - Bantuan makanan terus disalurkan kepada penduduk yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui di sini hari ini.

Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat melalui laman sosial Facebook memaklumkan barisan petugas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama wakil Jabatan Penerangan Malaysia terus giat menyalurkan sumbangan kepada penduduk.

"Sebanyak 400 unit barangan keperluan seperti bawang, cili dan air bersih lima liter diedarkan kepada penduduk PKPD Sungai Lui ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Sungai Lui dikawal ketat pasukan keselamatan

"Walaupun panas terik, kami tetap terus mara bersama bagi memastikan bekalan makanan buat penduduk dapat disampaikan. Ini amanah dan tanggungjawab kami," katanya.

Sumbangan terus diagihkan kepada penduduk terlibat PKPD. - Foto ihsan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat
Sumbangan terus diagihkan kepada penduduk terlibat PKPD. - Foto ihsan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat

Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Hulu Langat turut merakamkan penghargaan kepada penduduk yang sentiasa patuh kepada arahan PKPD.

"Terima kasih kerana kekal tenang dan sabar duduk di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, seramai 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor diarahkan menjalani PKPD.

PKPD di kawasan itu turut melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan orang asli dan lima perkampungan Melayu berkuatkuasa mulai tengah malam pada 30 Mac lalu.