Brazil rekod 15,927 kes, 800 kematian akibat Covid-19

Sebanyak 15,927 kes dengan 800 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Brazil semalam. - Foto 123RF
Sebanyak 15,927 kes dengan 800 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Brazil semalam. - Foto 123RF
A
A
A

BRASILIA - Brazil pada semalam merekodkan 15,927 kes koronavirus (Covid-19) dengan 800 kematian, kata Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Xinhua.

Jangkitan tertumpu di Sao Paulo yang mencatatkan 6,708 kes, Rio de Janeiro sebanyak 1,938 kes, diikuti Ceara, Amazonas, Minas Gerais, Rio Grande do Sul, Parana dan Daerah Persekutuan.

Menteri Kesihatan, Luiz Henrique Mandetta berkata, pasukan petugas terdiri daripada beberapa syarikat Brazil telah ditubuhkan bertujuan mempercepat pengeluaran alat bantuan pernafasan dan sebanyak 6,500 alat dijangka dikeluarkan dalam tempoh 90 hari.

Mandetta berkata, kebimbangan utama sekarang ialah penularan wabak di negeri Manaus di Amazonas, yang sebahagian besar penduduknya terdiri masyarakat pribumi dan berpendapatan rendah.

Kerajaan mengenakan langkah penjarakan sosial bagi mengurangkan rantaian jangkitan dan memperkukuh rangkaian perkhidmatan kesihatan awam untuk bersiap sedia berdepan situasi lebih mencabar. - Bernama

Artikel Berkaitan: