Sungai Melaka berwajah baharu

Azlan Abidin
Azlan Abidin
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerja-kerja naik taraf Sungai Melaka fasa pertama yang memasuki 80 peratus dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, setakat ini pihaknya dalam proses pemasangan lampu hiasan sepanjang sembilan kilometer, pembinaan jambatan mercu utama dan penanaman okok di tepi sungai yang melibatkan kos lebih RM1juta.

"Kerja-kerja itu melibatkan pemasangan pelbagai lampu hiasan berwarna-warni yang dipasang sepanjang laluan bot Melaka River Cruise (MRC).

"Usaha yang dilakukan bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Melaka pada tahun ini yang akan memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung menerusi pemandangan malam yang indah dan menarik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azlan berkata, pihaknya turut melakukan naik taraf secara berperingkat terhadap bot Melaka River Cruise (MRC) yang dimiliki.

Katanya, pelaksanaan tersebut sejajar dengan kenaikan harga tiket MRC.

"Kita menyasarkan kira-kira 21 bot akan diperbaiki hingga hujung tahun ini sebagai langkah menjaga kualitinya agar sentiasa selamat dan berada di tahap terbaik.

"Kita rancang menukar warna lama iaitu merah kepada biru dan menaikkan sekali ketinggian bot untuk elak percikan air sungai terkena pada pelancong ketika menaiki MRC," katanya.

Artikel Berkaitan: