X

Kindly register in order to view this article
!

Etnik Rohingya di Pasar Borong Selayang positif Covid-19

A
A

PUTRAJAYA - Beberapa etnik Rohingya yang menjalani saringan kesihatan di pusat saringan yang dibuka di Pasar Borong Selayang didapati positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya masih dalam proses mengumpul jumlah sebenar melibatkan kumpulan tersebut khususnya etnik Rohingya.

"Kita tidak tahu berapa jumlah sebenar dalam kalangan pekerja warga asing yang positif setakat ini kerana saringan masih berjalan, kita masih kumpul jumlah kes," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, saringan terhadap komuniti Rohingya dibuat dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Mercy Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Katanya, dengan langkah itu, beliau berharap lebih ramai warga asing dapat diuji dan langkah pengasingan serta rawatan dapat dibuat terhadap mereka yang didapati positif Covid-19.

"Kita terpaksa meminta bantuan NGO yang lain untuk membantu mengesan mereka bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam komuniti," katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kementerian mengambil langkah yang proaktif dalam menjalankan ujian terhadap individu disyaki berisiko tinggi.

"Kita akan lakukan saringan dengan kumpulan yang berisiko tinggi iaitu kontak rapat berkaitan indeks kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus