KKMM sahkan tiga lagi berita palsu

Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM.
Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan tiga berita yang sedang tular di media sosial membabitkan wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan dakwaan bahawa terdapat 30 kes positif Covid-19 di Durian Burung, Kuala Terengganu berpunca daripada majlis tahlil.

"JKNT menegaskan sehingga 3 April tiada kes Covid dikesan di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Kuala Lumpur dan Putrajaya menafikan dakwaan mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua pemeriksaan ulangan jentera ditangguhkan sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemua jentera yang telah tamat tempoh akan dilanjutkan sehingga tiga bulan secara automatik.

Dalam pada itu, Ketua Polis Serdang menafikan dakwaan seorang lelaki Cina telah ditangkap kerana meninggikan suara kepada pihak polis ketika sekatan jalan raya di Seri Kembangan.

"Polis memaklumkan lelaki itu hanya diminta membuat pusingan semula berikutan alasannya yang ingin membeli makanan di kedai pilihannya walaupun terdapat banyak kedai berhampiran kediamannya," katanya.

Artikel Berkaitan: