Kekurangan nutrisi jejaskan perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa disaran bertindak segera

Datuk Aznil Nawawi (kiri) Owi (tengah) dan Dr Syid Ayob menunjukkan Mindtropic dan Mindtropic Junior.
Datuk Aznil Nawawi (kiri) Owi (tengah) dan Dr Syid Ayob menunjukkan Mindtropic dan Mindtropic Junior.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran mengambil tindakan segera dalam menangani isu kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak mereka tidak terjejas sejak peringkat awal kehidupan.

Pelbagai kajian menunjukkan kanak-kanak tidak mendapat nutrisi mencukupi cenderung mencatat prestasi akademik lebih rendah, tempoh persekolahan lebih pendek serta produktiviti yang terjejas apabila dewasa.

Selain itu, kekurangan nutrisi pada usia awal juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan gangguan metabolik.

Seiring dengan kebimbangan itu, jenama kesihatan tempatan Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior dengan formulasi dipertingkat serta wajah baharu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak serta remaja.

Pengasas dan Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed, usaha terbabit merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran nasional Eskayvie yang dikenali sebagai Serlahkan Potensi Anak Anda.

Katanya, kempen diharap menggalakkan ibu bapa memberi perhatian kepada perkembangan minda anak-anak sejak usia awal kerana potensi mereka perlu dipupuk secara konsisten melalui nutrisi, rangsangan pembelajaran dan sokongan keluarga.

"Apabila kita bercakap tentang masa depan negara, kita sebenarnya sedang bercakap tentang potensi anak-anak hari ini.

"Setiap anak dilahirkan dengan potensi yang besar, tetapi potensi itu perlu disokong melalui persekitaran yang baik serta pemakanan yang membantu perkembangan minda mereka,” menurutnya.

Artikel Berkaitan:

Dr Kartika Wati (kanan) dan Dr Syid Ayob (kiri) menunjukkan produk keluaran Eskayvie.
Dr Kartika Wati (kanan) dan Dr Syid Ayob (kiri) menunjukkan produk keluaran Eskayvie.

Sebelum ini, Eskayvie turut memperkenalkan Owi, ikon baharu yang akan menjadi penghubung kepada dunia kanak-kanak dalam menyampaikan mesej kesedaran mengenai perkembangan minda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, nutrisi memainkan peranan penting membantu pembentukan sambungan antara sel-sel otak berkait rapat dengan fokus, memori dan proses pembelajaran.

“Perkembangan otak berlaku dengan sangat pesat pada tahun-tahun awal kehidupan. Apabila kanak-kanak mendapat nutrisi yang mencukupi dan seimbang, ia membantu menyokong fungsi kognitif serta membina asas pembelajaran yang lebih kukuh,” ujarnya.

Sementara itu, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi turut mengingatkan masyarakat perlu memberi perhatian lebih serius terhadap perkembangan anak-anak kerana merekalah yang akan membentuk masa depan negara.

"Jika kita mahu melihat Malaysia terus maju, kita perlu menjaga generasi yang sedang membesar hari ini.

"Selain pendidikan dan sokongan ibu bapa, nutrisi juga memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membesar dengan lebih fokus, yakin dan bersedia menghadapi masa depan," kongsinya.

Dr Kartika Wati (kanan) dan Dr Syid Ayob (kiri) bersama produk keluaran Eskayvie.
Dr Kartika Wati (kanan) dan Dr Syid Ayob (kiri) bersama produk keluaran Eskayvie.

Maklumat lanjut mengenai Mindtropic dan Mindtropic Junior boleh didapati melalui laman web rasmi Eskayvie di www.eskayvie.com.

Ringkasan AI

  • Ibu bapa disaran mengambil tindakan segera dalam menangani isu kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak
  • Kekurangan nutrisi cenderung menjejaskan prestasi akademik, persekolahan dan produktiviti kanak-kanak pada masa depan
  • Kekurangan nutrisi pada usia awal dikaitkan dengan risiko penyakit kronik
  • Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior untuk menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak dan remaja
  • Nutrisi memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan sambungan sel otak dan perkembangan fungsi kognitif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!