Ikatan Prihatin Rakyat sahkan hala tuju PN masih kabur

Tangkap layar video dikongsi Muhyiddin di laman Facebooknya pada Khamis.
Tangkap layar video dikongsi Muhyiddin di laman Facebooknya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertemuan keempat Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) pada Khamis menumpukan kepada hala tuju Perikatan Nasional (PN) yang masih kabur dan belum jelas.

Menurut Presiden Parti Berjasa, Zamani Ibrahim, pertemuan itu menekankan kebimbangan parti-parti dalam IPR terhadap keadaan semasa PN.

“Daripada 11 atau 12 parti yang terlibat, kami menyuarakan kebimbangan mengenai hala tuju PN yang masih tidak menentu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan pertemuan pemimpin dalam IPR buat kali keempat diadakan pada Khamis.

Zamani Ibrahim
Zamani Ibrahim

Antara yang hadir adalah dalam pertemuan gabungan IPR ialah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut serta, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy serta beberapa lagi pemimpin parti lain.

Video sesi pertemuan itu turut dikongsi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebooknya pada hari sama.

Zamani menjelaskan, walaupun berada dalam IPR, parti-parti terbabit juga bersama dalam PN yang dipengerusikan Muhyiddin, walaupun Presiden Bersatu itu dilaporkan telah meletakkan jawatan dalam PN.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, perbincangan itu dijalankan panjang lebar bagi mendapatkan penjelasan rasmi, tanpa bergantung kepada laporan media.

“Isu ini memberi impak kepada keyakinan rakyat terhadap kemampuan PN untuk menerajui negara jika diberi mandat pada Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16),” tambahnya.

Jelasnya, Muhyiddin memaklumkan bahawa hala tuju PN masih belum dimuktamadkan, dan perbincangan masih berjalan serta IPR menekankan keputusan muktamad perlu dicapai melalui konsensus semua parti terlibat.

Selain itu, katanya, sebagai langkah mengukuhkan kerjasama IPR, satu Sekretariat Jawatankuasa Bersama IPR telah dipersetujui.

Sekretariat ini akan diwakili semua setiausaha parti untuk membincangkan gerak kerja bersama dan persiapan menghadapi PRU16 bagi mengelakkan pertindihan dan konflik dalaman.

“Langkah ini bertujuan mengenal pasti potensi konflik sejak awal dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan kestabilan antara parti parti dan itu adalah antara perkara besar yang dibincangkan,” ujar Zamani.

Ringkasan AI

  • Pertemuan keempat Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) membahas hala tuju Perikatan Nasional (PN) yang belum jelas
  • Presiden Parti Berjasa, Zamani Ibrahim, menyatakan kebimbangan partinya terhadap keadaan semasa PN
  • Antara yang hadir termasuk Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Presiden Parti Pejuang Tanahair
  • Muhyiddin Yassin, walaupun meletakkan jawatan dalam PN, masih terlibat dalam perbincangan hala tuju
  • Sekretariat Jawatankuasa Bersama IPR dibentuk untuk mengukuhkan kerjasama dan mengelakkan konflik dalam menghadapi PRU16

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!