Pelakon lelaki ditahan positif dadah

SHAH ALAM - Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dipercayai positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan pada Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas lebih lanjut berkaitan penahanan suspek terbabit.
Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada Rabu.
Suspek direman difahamkan untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.
Ringkasan AI
- Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dipercayai positif dadah
- Ketua Polis Selangor mengesahkan penahanan tersebut
- Penahanan suspek tidak dikomen lanjut oleh pihak polis
- Suspek berusia lingkungan 40an direman tiga hari
- Ditahan dibawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

