Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng meninggal dunia

Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok petang tadi.
Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok petang tadi.
A
A
A

IPOH - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok petang tadi.

Berita pemergian Mohamad Annuar, 70, disahkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hang Tuah Din menerusi hantaran di Facebook.

"Dengan hiba dan dukacita dimaklumkan Sdr Mohamad Annuar Bin Baharuddin (Pak Nuar), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng baru sahaja menghembus nafas yangg terakhir sebentar tadi di Hospital Avisena, Shah Alam asbab serangan strok. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut menitipkan ucapan takziah.

"Semoga Allahyarham diampunkan segalanya dosanya, diterima semua amal ibadatnya dan kita doakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh," kata Saarani menerusi laman Facebook. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok
  • Berita pemergian disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din
  • Mohamad Annuar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Avisena, Shah Alam
  • Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menitipkan ucapan takziah
  • Doa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan orang yang beramal soleh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!